October 16, 2010

BAJET 2011 : Apa yang menarik?

1. Pertama sekali, negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010.

2. Skim Rumah Pertamaku - membantu pasangan muda yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dalam erti kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan untuk membeli rumah pertama mereka. Harga rumah mesti sik boleh lebih RM 220, 000.

3. Cukai jualan SEMUA handphone dimansuhkan - termasuklah PDA occaaayy!

4. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan penilaian baru diperkenalkan Jun 2011 - cross fingers harap yang baru tok lebih telus. By the way, untuk bala cikgu observation ya sepatutnya boleh ad kayu pengukur tahap kecekapan. Sik perlu nak nyuruh bala cikgu tok menjawab exam on papers, coz ada cikgu bijak menghafal, ada yang sik. Sik menghafal ya sik semestinya sik cekap bekerja. Paham?

5. Bangunan pencakar langit Warisan Merdeka (estimated RM 5 billion) akan dibina di ibu negara.

6. Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan - Kaccaaakkkk!

7. Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

8. Lagi RM 200 juta untuk industri kreatif. Ada perubahan sik?

9. Lagi RM 111 juta untuk Projek PERMATA. *Whhoooooooaaaaa* (referring to responds by all attending Belanjawan 2011)

10. Basic salary security guard dinaikkan ke RM700.

11. Cuti bersalin penjawat awam wanita ditambah ke 90 hari (sik bolehlebih 300 hari jumlah kesemuanya) dan boleh ditetapkan sendiri. Tauk dah ku "siapa" buka kilang kak tok.

12. Service tax nait dari 5% ke 6%. Astro subscribers!!

13. Elaun Ketua Kampung, Tuai Rumah, Tok Batin dan segala jenis Ketua Masyarakt dinaikkan ke RM800. Elaun meeting JKKK dinaikkan ke RM50. Datang meeting jak selalu, ok! Elaun Imam dan guru KAFA pun dinaikkan.

14. RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak. BAIKLAHH!

15. Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk Gred 54 ke bawah dan pesara awam Disember ini. (nyesal aku belajar amik Degree)

3 comments:

  1. btw, "kilang" urg ya x layak dpt cuti...hahaha

    sigek ku maok tanyak. another skyscrapper....motipppp?

    ReplyDelete
  2. no.3 dan no.4 ya kamek suka....yg lain ya, ...mcm xda kaitan glak...sebut jak tp x juak nmpak hasilnya kelak. cuti 90 hari - beranak 3 org anak jak blh cuti lmk. kakya? hehehe...rm 500 ya, erm...skalik 'ngap' jak dh abis...ahaks!

    ReplyDelete
  3. Kunduran: ada alasan kei embak nembiak melawat sia next year. esssseeerrreeeyy!

    bb: nang juak, ya malas nak komen gilak hehehe..

    ReplyDelete