September 16, 2009

Ka Pengayu Menoa Kitai Empu..

Aku nang bangga jadi anak jati Sarawak. Aku bangga aku anak Iban dari Sarawak. Aku pun suka Sarawak dalam Malaysia. Sarawak adalah negeri terbesar dan terkaya (sepatutnya) di Malaysia. Tapi kita nanggalah, banding dengan Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan banyak agik negeri yang jauh agik kecik dari Sarawak, di siney kedudukan kita berbanding sidaknya? Jangan bangkitkan soal orang Sarawak best sitok (ya nang benar lah), tapi ya bukan isu nya sitok. Tapi SIAPA kita dan APA YANG KITA CAPAI setelah 40 tahun dalam Malaysia dan 52 tahun merdeka?

Tangga kitak orang di sekeliling kita kinek tok. Minyak kita ada, hutan kita kaya, tumbuhan kita menjadi, dan banyak agik sumber pendapatan kita banding dengan negeri lain yang dipadah aku tek. Kak ya tangga gik kitak orang – ada berapa shopping mall di Sarawak? tHe spring ngan Boulevard (departmental store) ya pun baru berapa tahun tok dah ada. Setelah 40 tahun dalam Malaysia. Mungkin yang tinggal rah Kuching ajak and sik pernah gi tempat lain di Sarawak tok sik tauk, ada banyak agik daerah/bahagian yang tepi jalan dan sik jauh dari pasar masih belum ada air, api kedirik. Dari Balai Ringin ke Melugu ya, ada dua ajak sekolah menengah. Jalan masih sama, cuma ada penambahbaikan papan tanda jalan ajak. Dari kecik aku nang membesar di Sarawak tok nangga pasar yang sama, jalan raya yang sama, semuanya sama.

Aku tok orang Kuching tinggal di Kuching. Kecik dolok aku selalu gi Satok, Wisma Saberkas, Riverside, Sarawak Plaza, Everrise, India Street. Kak ya aku dah masuk matriks baru ada nangga Tun Jugah. Kak ya aku sekolah menengah dolok kadang-kadang makei bas. Bas ya kadang ada, kadang sik ada. Kinek tok, servis nya masih juak sama selepas 8 tahun aku sik makei bas agik. Aku dah 26 tahun tok – tapi semuanya masih sama.

Apahal aku suka gilak nganok tok nganok ya? Aku bukan nganok sebarang. Orang madah aku penganok kerajaan, aku sik nganok sebarang. Bukan aku sik suka kerajaan sedia ada, kerajaan yang sama dari dolok marek. Tapi aku sik suka cara sidaknya. Kadang lambat gilak ambil tindakan. Sampei sik ada respon lalu. Aku rasa sik salah aku bersuara kerana aku nak perubahan. Pembulak sapa madah Sarawak dah banyak berubah. Buktikan. Ada berubah tapi lambat, banding lok dengan negeri lain. Aku sik mok, anak-anak aku dah besar kelak masih gi shopping tempat sama. Aku nak sidak dapat lebih agik dari apa yang aku dapat sekarang.

Asal ada bangunan baru di Kuching, PEMBANGUNAAAAAAAN, kata orang jahil. Asal ada benda lama dipolah baru di Kuching, PEMBANGUNAN, kata sidak nya lagik. ADUN 300 juta dah siap, PEMBANGUNAAAAAN kata sidak nya lagik. Airport dah baru (maka tahun bila jak nya siap – tempat duduk kei nunggu pun sik cukup lagik), PEMBANGUNAAAAAAN, kata sidaknya lagik. Tapi sidak lupak, ada berapa igek kah lampu jalan, jalan bagus, sekolah baru, klinik, dekat tempat-tempat lain. Jadi aku rasa, mun ada orang nak madah Sarawak udah cukup lengkap, KAU ya belum pergi ke tempat lain di Sarawak. Iboh jauh, try Serian. Sik jauh ngejang Serian, welcome to darkness. Ada kitak orang nangga tiang api? Ada nangga salur paip? Perpustakaan awam ada? Jalan di Rasau ya sampei bila nak siap?

Di Semenanjung, ada bukit ditebuk kei molah terowong. Ada sungai, ada laut, dipolah jambatan. Ada hutan ditebang. Sak jalan dapat dipolah. Tapi tanggalah, Kapit. Apahal sik ada airport di Kapit, mun pun sik dapat molah jalan.

Aku mok tetak dengar orang Sarawak mala madah, kita dapat jadi sebuah negara kedirik, lagi bagus. Jangan nak berangan. Mun under Malaysia pun kita lambat nak maju.

Jadi sekali agik, mun kitak orang madah aku sik bersyukur kerana aku ngerepak siok, baca agik perenggan pertama aku. Mun masih nak nengkar, Tanya dirik empun. “16 September 1969, Sarawak masuk Malaysia. Tapi kenak, Sarawak sikda public holiday untuk hari istimewa ya?”

3 comments:

  1. heavy juak tajuk discuss dirik tek....fuhhh

    ReplyDelete
  2. Haha...aku pun nak comment sikit nambah sitok...
    nok best nya sidak tok suka nyukat jalan...kat kpg aku di betong ya...sebulan mun nak pilihanraya...sukat jalan, 2 3 tahun gik nak pilihanraya gik...sukat balit...nak polah jalan tar konon.dari ku lahir dolok menya sidak sukat...agik juak sampe nek tok berbatu...ya pun mun batu nok bagus.aku sik tauk bila la jalan ya akan jadi...mun jadi kali nang batu marmar jalan gi kampung aku ya...ya lah tek...mun ikut umur aku 27 tahun sidak mikir nak sukat jalan dalam perancangan polah jalan ya. mun jalan tar sik selama ya nak mikir sukat segala ya nak polah jalan...huhuhu...pikir2 kan lah...

    ReplyDelete
  3. thanks mil! ;-) aku welcome any comments on pembangunan di swak. bkn nak kritik, tp MANY parts gik masih belum merasa api SESCO, air bersih. sikda ujan, sikda ai. mun nak rami d kpg, jaga jak bunyi sidak generator ya kalah bunyi band main muzik.

    c",)

    ReplyDelete